Penyanyi Sheqal meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban pada jam 12.31 tengah hari, Selasa.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Scha Alyahya Sebulan ‘Berkurung’ Dalam Rumah Selepas Ibu Meninggal Dunia – ‘Satu Kehilangan Yang Amat Besar’

Dalam tidur

Memetik laporan BH Online, perkara tersebut dimaklumkan oleh isterinya Normah Mohd Yusoff.

Ya, arwah meninggal dunia di hospital.

Tapi, arwah menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan tenang dan dalam tidur.

Kebumi di Raub

Menurut Normah, jenazah Allahyarham Sheqal akan dikebumikan di kampung halamannya di Raub Pahang.

Arwah akan dibawa dikebumikan di kampungnya di Raub.

Terdahulu, Sheqal atau nama sebenarnya, Shaharim Salehuddin, 60, dimasukkan ke HTJ pada 4 Jun lalu dan ditidurkan selepas tahap oksigennya menurun sehingga 62 peratus.

Pelantun lagu Cinta Nusantara itu sebelum ini menghidap penyakit buah pinggang tahap empat dan menggunakan kerusi roda.

Sekadar info, Sheqal dan bekas isteri iaitu pelakon dan penyanyi Raja Ema dikurniakan dua anak lelaki, Putera Ammar dan Putera Al‑Kasyah.

Manakala perkahwinan dengan Normah pula mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Muhammad Fatullah Shaharim, 21, dan Ummu Hani Shaharim, 20.

Sumber: BH Online