

Pelakon, Mawar Rashid tidak dapat menahan sebak apabila berkongsi kisah mengenai perjalanan hidupnya sebagai ibu tunggal yang berusaha membina kehidupan yang lebih baik buat diri dan keluarga.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mawar Rashid Enggan Lagi Dedah Wajah Anak-Anak Di Media Sosial – ‘Saya Nak Jaga Privasi Mereka’
Artikel Berkaitan: ‘Kenapa Makin Cantik Si Mawar, Tak Macam Mak Ada Tiga Anak’
‘Ini adalah perjalanan hidup saya’

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid mengakui untuk berada pada tahap sekarang bukanlah satu perkara mudah, malah memerlukan usaha yang sangat besar. Ujar Mawar, dia kini lebih memberi fokus kepada diri sendiri untuk menjadi insan yang lebih baik.
Untuk berada di tahap sekarang memerlukan usaha yang sangat besar.
Saya sebak sebab banyak benda yang saya lalui, sama juga dengan orang di luar sana.
Setiap hari saya berusaha, bekerja keras untuk anak-anak. Tapi mereka adalah penguat semangat saya. Sebab tu sekarang saya cuba sebaik mungkin dan fokus pada diri sendiri untuk jadi kuat.
Ini adalah perjalanan hidup saya, apa yang saya lalui menjadikan saya lebih tahu jalan mana yang saya perlu pilih untuk menjadi insan yang lebih baik.
Mawar berkata demikian ketika ditemui pada majlis doa selamat filem Nar’Sata di wisma Metrowealth International Group (MIG), pada Rabu.
Tambah Mawar lagi, apa yang dilaluinya sebelum ini menjadikan dia lebih matang dalam membuat pilihan hidup dan sentiasa mahu memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.
Saya tak sempurna dan banyak lagi yang saya perlu perbaiki cuma saya harapkan semua doakan yang terbaik untuk saya.
Dalam pada itu, pelakon filem Nar’Sata itu turut menitipkan nasihat buat kaum wanita agar tidak melupakan diri sendiri dalam kesibukan memberi kasih sayang kepada orang sekeliling.
Kepada wanita di luar sana, jangan lupa sayangi diri sendiri. Kadangkala kita wanita ni terlalu beri banyak kasih sayang kepada orang lain termasuk anak dan keluarga sehingga bila lihat cermin, kita tak kenal dan nampak diri sendiri.
Saya rasa sangat penting bagi wanita untuk beri masa kepada diri sendiri terutamnya para ibu. Sekarang pun saya dapat rasa yang saya semakin ceria, positif dan saya bahagia.
Sementara itu, Mawar turut menghargai sokongan daripada pengikut dan rakan-rakan yang sentiasa memberi komen positif yang secara tidak langsung menjadi dorongan untuk dirinya terus kuat.
Untuk rekod, Mawar pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan, Raf Yaakob pada November 2017 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata. Bagaimanapun, pasangan ini bercerai pada November 2023 atas dasar tiada lagi persefahaman.



![[VIDEO] Netizen Simpati DMA Islam Dimalukan Depan Khalayak Ramai](https://asset.ohbulan.com/2025/06/dma-islam.jpg)