Ekoran isu yang menjadi bualan hangat mengenai hubungan pelakon Abby Abadi dan menantunya, Aslam sedikit sebanyak memberi tempias kepada isteri pertama, Umisya Mazlan.

Artikel Berkaitan: Umisya Mazlan Dakwa ‘Diblock’ Abby Abadi & Marissa, Jawab Tuduhan Tumpang Populariti Keluarga Madu – ‘Kalau Betul, Saya Dah Buat Konten Pegang Tangan’

Artikel Berkaitan: Abby Abadi Bidas Netizen Gesa Minta Maaf Kepada Umisya – ‘Kita Diam Jangan Bagi Berbunyi’

Tolong ada simpati

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram Story, kakak kepada Umisya iaitu Nadia memohon tidak melibatkan anak-anak dalam perkara yang terjadi.

Minta tolong sangat-sangat, dalam menulis itu jangan melibatkan anak-anak hingga melukakan hati orang yang tidak bersalah.

Yang kamu doakan itu dari rahim ibu yang tidak bersalah.

Tolong ada rasa simpati dan empati pada baby yang tidak berdosa.

Netizen baran sentuh pasal anak

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berang dengan komen yang ditinggalkan oleh individu yang mahukan kifarah kepada anak perempuan Umisya atas tindakan suaminya, Aslam yang berpoligami. Selain itu, warganet mendoakan agar anak-anak pempengaruh berusia 25 itu menjadi anak yang soleh dan solehah.

Sumber: Instagram @kakya_nadia