Pengurus kepada Fattah Amin mendedahkan menerima banyak mesej negatif selepas wajah aktor itu sering muncul di media sosial atas tuntutan kerja yang perlu dilaksanakan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fattah Amin Akui Ada Persamaan Dengan Amira Othman – ‘Abang Long & Kak Long Susah Nak Ingat Nama & Nombor’

Artikel Berkaitan: ‘Saya Rasa Seronok Bila Baca Komen Baik-Baik Termasuk Komen TokTi..’ – Fattah Amin

Pesanan untuk ‘haters’

@torygolden Pesanan aca kepada haters yang suka sangat cari salah Fattah ni, kepada haters tu cuba muhasabah diri, jangan nak kata perkara yang tak berfaedah je kat orang. #sakirinaca #fattahamin #amiraothman #doayangbaikbaik #managerfattah ? Heart touching sad piano – Yuda Pratama

Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok, pengurus Fattah yang dikenali sebagai Aca berang dengan segelintir netizen yang didakwa dengki dengan rezeki pelakon berusia 34 tahun itu.

Orang pengecut saja guna fake akaun ini.

Kalau nak cakap dengki, nanti cakap saya ini jahat pulak.

Saya faham saja kalau ada yang tak suka. Sebab dekat mana-mana muka Fattah. Tapi ini kan kerja.

Kalau duduk rumah saja, dihina pula tiada duit.

Dalam pada itu, Aca menasihati netizen untuk berfikir sebelum berkata- kata kerana setiap orang mempunyai had dalam menahan sabar.

Amira kena tempias

Selain itu, Aca turut bersimpati dengan penyanyi Amira Othman yang turut terkena tempias walhal hanya bekerjasama untuk beberapa produk yang sudah dipersetujui.

Tidak berhenti di situ, Aca menitipkan pesanan kepada para ‘haters’ yang sering meninggalkan komen-komen negatif.

Kenapa kena kecam Amira? Saya tak faham.

Sebab dia bekerjasama dengan Fattah, korang kecam?

Cuba doakan saja yang baik-baik. Kalau tak suka, jangan tengok.

Doa saja untuk diri sendiri.

Sumber: TikTok @bunnybloom