

Tindakan pelakon terkenal Indonesia, Nicholas Saputra memuat naik gambar tidak berbaju di Instagram miliknya menyorot perhatian ramai.
Artikel Berkaitan: Biduanita Negara & Nicholas Saputra Bakal Serikan Gemerlapan Bintang Di Pentas Akhir CSOIAM
Artikel Berkaitan: Ada Babak Tembak Menembak, Nicholas Saputra Gementar Guna Senjata Api Sebenar
‘Bodynya keren’

Menerusi hantaran itu, Nicholas, 41, berkongsi foto dirinya sedang mandi di sebuah sungai tanpa baju.
Difahamkan, lokasi sungai tersebut terletak di Tangkahan, Sumatera Utara, Indonesia.
Tidak meletakkan sebarang kapsyen yang panjang, Nicolas hanya menulis ‘2015 recreate’.
Seperti diduga, ruangan balas dihujani dengan pelbagai komen netizen yang terpegun dan tidak senang duduk melihat tubuh kekar aktor itu.
Tidak kurang juga yang bersoloroh mengatakan ingin ‘zoom’ foto tersebut agar lebih jelas bentuk badan Nicholas.
Ada juga yang mengakui terkejut dengan tindakan pelakon filem Ada Apa Dengan Cinta itu apabila memuat naik foto tersebut kerana sebelum ini Nicholas hanya gemar berkongsi foto pemandangan.
Sumber: Instagram



