![[VIDEO] Individu Amal Zikir Seperti Diana Rafar Syukur Selesai Hutang](https://asset.ohbulan.com/2025/05/diana-rafar.jpg)

Pelakon dan penyanyi Diana Rafar sebak apabila seorang individu mengucapkan terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat sehingga membantu menyelesaikan masalah kewangannya.
Artikel Berkaitan: Diana Rafar Islamkan Seorang Wanita, Mengalir Air Mata Luah Rasa Syukur
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Diana Rafar Dedah Sifat OCD Zamarul Hisham – ‘Dia Lap Basikal Dari Lepas Isyak Sampai Subuh’
Zikir mustajab
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Diana atau nama lengkapnya Adiana Abdul Rafar berkongsi mesej yang diterima daripada seorang individu tentang keajaiban zikir yang pernah dikongsinya.
Difahamkan, individu terbabit mengamalkan zikir yang sama Diana amalkan kerana diuji dengan masalah hutang.
Saya cuma nak bagitahu.
Saya yakin dengan zikir yang akak kongsi.
Hutang saya berpuluh-puluh ribu, orang gunakan saya.
Saya dah tak tahu macam mana nak bayar tapi Allah ada.
Melalui satu cara akak, dengan sekelip mata hutang saya selesai.
Terima kasih atas perkongsian akak.
Saya menggigil, saya tak tahu nak berterima kasih macam mana.
Saya hanya mampu hantar mesej saja pada akak. Semoga Allah balas semua kebaikan akak dan keluarga.
Dalam pada itu, isteri kepada pelakon Zamarul Hisham turut bersyukur atas kemudahan yang dikurniakan kepada individu terbabit setelah mengamalkan zikir Jazallah dan surah Al-Anfal ayat 17.
Terima kasih Diana




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi rezeki yang dikurniakan setelah mengamalkan zikir-zikir yang dikongsi pelakon berusia 43 tahun itu. Selain itu, warganet turut mengucapkan terima kasih kepada Diana atas perkongsian yang bermanfaat.
Sumber: TikTok @Adianarafar



