Pelakon Ashraf Muslim menasihati supaya tidak menyalahgunakan media sosial dengan menjadikannya tempat berkongsi masalah berkaitan kehidupan peribadi, keluarga dan diri sendiri.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ashraf Muslim Akui Tiada Masalah Buat Keputusan Raya Bersama Dua Isteri – ‘Ikut Giliran, Raya Kan Sebulan’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Keputusan Poligami Perlu Harmoni, Jangan Lakukan Dengan Cara Tidak Baik’ – Ashraf Muslim

Jaga keluarga

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Muhd Ashraf Muslim meminta supaya berhati-hati dalam membuat perkongsian di platform media sosial kerana ia mempunyai banyak keburukan berbanding kebaikan.

Jangan jadikan media sosial sebagai platform untuk selesaikan masalah sebab tidak semestinya di platform tersebut dapat membantu meringankan masalah itu.

Malah, media sosial menyumbang menjadi masalah lebih banyak jadi kena berhati-hati kerana tidak semestinya orang luar itu suka atau sokong kita.

Kalau sayangkan diri, keluarga dan orang-orang di sekeliling kita berhati-hatilah dalam membuat keputusan untuk berkongsi dalam media sosial.

Ashraf berkata demikian ketika ditemui pada masjlis pelancaran aplikasi Khawla Showcase di Bangi, pada Rabu.

Menyifatkan keluarga sebagai harta, Ashraf berkata demi menjaga nama baik, individu itu perlulah melindungi keluarganya dalam apa jua keadaan sekalipun.

Keluarga ialah harta kita dan perlu dijaga dengan baik.

Tidak kisah sama ada kebaikan atau keburukan aibnya sebagai keluarga kita perlu menjaga dengan baik.

Ia diibaratkan seperti kalau kereta rosak, takkan nak biarkan tengah jalan sehingga rosak, disebabkan itu kita kena baiki kereta itu.

Janganlah kita gunakan amarah dengan menyelesaikan di tempat yang tidak sepatutnya sebagai contoh di media sosial.

Ada kesan

Mengulas lebih lanjut, Ashraf berkata walaupun pada zaman kini penggunaan media sosial semakin berleluasa namun jika tidak digunakan dengan baik ia akan memberi kesan sepanjang hidup.

Media sosial adalah platform yang bagus, tetapi kalau digunakan dengan cara tidak bagus, lama-kelamaan ia akan merosakkan hubungan dengan orang yang kita sayang, diri sendiri dan keturunan.

Jadi kena berhati-hati apabila kita berkata-kata atau menunjukkan dari segi perbuatan kerana ia boleh membuatkan orang tersinggung.

Perkara itu mungkin akan memberi kesan yang tidak baik kepada orang tersebut dan diri sendiri.

Bagi saya, janganlah kita buka cerita dan aib sama ada baik atau buruk di media sosial. Simpanlah, takkan semua perkara mahu kongsi.