Anak perempuan pasangan pempengaruh Ryzal Ibrahim dan Maryam iaitu Rina meraih perhatian netizen dengan kepintarannya mengatasi masalah.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Rina Anak Kacukan Melayu-Korea Dipuji Bijak, Lap Meja & Letak Pinggan Di Sinki Selepas Makan – ‘Orang Besar Pun Tak Pandai’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ryzal Ibrahim Selar Netizen Pertikai Beri Anak Makanan Korea – ‘Saya Nak Mencarut Tak Baik..’

Pandainya Rina

@ryzalibrhmApapun berlaku yang penting strategi kena ada? original sound – Ryzal Ibrahim

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Rina dilihat berseorangan sambil menikmati minumannya di atas sofa yang dipantau melalui rakaman video kamera litar bertutup (CCTV).

Bagaimanapun, insiden bermula apabila minuman tersebut tidak sengaja tertumpah di atas sofa yang didudukinya.

Perkongsian itu meraih lebih daripada 1 juta tontonan di TikTok yang mengagumi cara Rina mengatasi situasi tersebut dengan tenang.

Pada kapsyen, Ryzal sempat berseloroh dengan tindakan licik anak perempuannya.

Apa pun yang berlaku, yang penting strategi kena ada.

Tahniah Ryzal & Maryam!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Rina yang mencari solusi dalam masalah yang dihadapinya. Selain itu, warganet turut mengucapkan tahniah kepada Ryzal dan Maryam kerana berjaya mendidik anak perempuannya menjadi seorang yang berdikari.

Sumber: TikTok @RyzalIbrahim