Pelakon Indonesia, Jefri Nichol menerima pujian warganet kerana difahamkan sanggup terbang ke Kuala Lumpur demi kekasih hatinya, pempengaruh media sosial Ameera Khan.

Artikel Berkaitan: Ameera Khan Padam Gambar Jefri Nichol & ‘Unfollow’ IG, Hubungan Cinta Sudah Berakhir?

Artikel Berkaitan: Jefri Nichol Teringin Nak Pergi Kelantan, Netizen Suruh Cuba Makan Nasi Kerabu

‘Terbang’ jumpa kekasih

Menerusi perkongsian di Instagram, Ameera, 24, meluahkan rasa teruja selepas kekasihnya itu bertindak untuk melakukan kejutan demi memenangi hatinya semula.

Difahamkan, Jefri turut membawa sejambak bunga ketika pertemuan itu.

Best suprise ever (kejutan terbaik yang pernah berlaku).

Meskipun berada dalam keadaan penat, Jefri masih mampu tersenyum apabila berjumpa dengan adik kepada Neelofa itu.

Perkongsian itu turut mendapat perhatian daripada warganet negara jiran yang menyifatkan usaha pelakon itu adalah luar biasa.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji Jefri dan mendoakan yang terbaik buat pasangan kekasih itu.

‘Penat tapi demi kekasih memang sanggup’

Sumber: Instagram