
Pelakon Nas-T, memaklumkan bakal membawa watak antagonis menerusi drama Sepenuh Hati Rindu.
Artikel Berkaitan: Demi ‘Keluang Man’, Nas-T Sanggup Tak Makan Nasi & Tolak Tawaran Lakonan Yang Lain
Artikel Berkaitan: ‘Saya Dulu Berlakon Macam Tahi Juga’ – Rosyam Nor Minta Beri Peluang Kepada Pendatang Baru
Slot Samarinda
Ketika ditemui OhBulan!, Nas T atau nama sebenarnya, Nas Muammar Zar tidak sabar untuk memulakan penggambaran bersama gandingannya iaitu Trisha Ooi dan Nafiz Muaz.
Watak saya ini adalah watak antagonis dan saya pun sudah lama tak mainkan watak seperti ini.
Saya teruja dengan watak tersebut dan ini adalah kali pertama saya membintangi slot Samarinda di TV3 sebagai antara watak utama.
NasT berkata demikian ketika ditemui di sesi fotografi drama tersebut di Balai Berita, Bangsar pada Khamis.
Berguru dengan Rosyam
Dalam pada itu, aktor berusia 41 tahun tersebut memberitahu dia turut meminta tips lakonan daripada pelakon berpengalaman iaitu Datuk Rosyam Nor.
Sebelum ini, saya ada terjumpa Rosyam dan saya beritahu dia tentang watak ini. Rosyam kata, datang jumpa dia di rumah untuk berguru.
Saya tanya dia apa tips untuk bawa watak antagonis. Jadi insya-Allah sebelum mula penggambaran drama ini saya akan bertemu dengannya.
Bercerita lanjut, NasT berkata, dia tidak akan ambil pusing andai dikecam dengan watak tersebut kerana menurutnya kritikan amat diperlukan bagi seorang aktor.
Pada saya apabila seseorang pelakon itu dikecam bermakna lakonannya berjaya. Saya berharap sangat apabila drama ini sudah ditayangkan, akan ada yang berkata tentang lakonan saya. Nak sampai tahap lakonan sehingga dikecam itu saya kena mencari satu formula sehingga orang benci.